Recent Posts

Friday 23 September 2011

Posted by convocation utm 47 On 21:36 0 comments

24 sept:Malam Puisi Riong ajak hargai alam sekitar

Malam Puisi Riong ajak hargai alam sekitar
Oleh Adli Shahar
adli@bharian.com.my
2011/09/15

pix_gal0
MALAM Puisi Riong Berita Harian - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan berlangsung pada 24 September ini di Tapak Konvokesyen UTM, Skudai, membawa tema Lestari Alam sesuai dengan kempen kampus mesra alam yang dilaksanakan universiti itu sejak tahun lalu.

Timbalan Pendaftaran Kanan UTM, Ismaal Samat berkata, UTM sejak tahun lalu sudah memulakan pelbagai kempen dan peraturan bagi mencapai hasrat menjadikan kampus UTM sebagai kampus yang mesra alam.
“Kempen kampus mesra alam ini merangkumi mendidik pelajar dan kakitangan UTM untuk menjimatkan penggunaan bekalan air, menjimatkan penggunaan elektrik, mengurangkan jumlah sampah, dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Skudai, baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, UTM sudah pun menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan penggunaan bekas makanan polistirena di seluruh kampus, sebaliknya menggalakkan menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula.

“UTM sudah pun mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan penggunaan bekas makanan polistirena terutama kepada peniaga makanan yang beroperasi di dalam kampus kami bagi memastikan kempen kampus mesra alam terus disokong.

“Selain sukar untuk dilupuskan, penggunaan bekas makanan polistirena membahayakan kesihatan pengguna kerana menurut kajian ia boleh menjadi punca barah. Bekas makanan boleh dikitar semula mudah dilupuskan dan boleh bertindak sebagai baja apabila ia dibuang,” katanya.

Ismaal turut berharap penganjuran Malam Puisi Riong BH-UTM dengan tema Lestari Alam akan dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan UTM kepada genre puisi, sekali gus membantu menjadikan kempen alam sekitar di kampus itu lebih berkesan.
“Deklamasi puisi dengan tema ini diharap dapat memberi kesan mendalam terhadap khalayak yang hadir agar mereka lebih menghargai persekitaran yang diduduki. Pada masa sama, program ini juga dapat menggalakkan kegiatan kesenian terus bernafas di kampus UTM,” katanya.

Malam Puisi Riong BH-UTM akan menampilkan pemuisi seperti Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala; penggubah, pencipta dan penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli; ahli Kumpulan Kopratasa, Sani Sudin dan penyair muda kelahiran Johor, Amni Jagat;

Tidak ketinggalan, majlis akan turut dimeriahkan Johan Deklamasi Puisi, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Peringkat Kebangsaan 2002, 2006, 2008 dan 2010, Sarjan Yusof Ramji; peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga, Mohd Shukri Mohd Tajudin atau lebih dikenali sebagai Cicik serta Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2007, Dr Rahman Shaari.

Selain itu, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid turut dijadualkan memeriahkan malam terbabit dengan mendeklamasikan puisi.

Thursday 22 September 2011

Posted by convocation utm 47 On 23:36 0 comments

Day 1: Kembara UTM 47

JOHOR BAHRU 17 Sept - Sekretariat Festival Konvokesyen UTM kali ke-47 telah memulakan hari pertama untuk program KEMBARA festival konvokesyen bersama-sama masyarakat sekitar Johor Bahru. Seawal 7.30 pagi, ahli-ahli sekretariat telah mula berkumpul untuk bergerak ke Kg Sepakat Jaya, menaiki bas UTM. Kedatang kami di sana disambut dengan meriah oleh semua warga Kg Sepakat Jaya. Tidak dilupakan juga,kaum wanita di situ sedang sibuk menari poco-poco yang merupakan rutin mingguan penduduk di situ.Seterusnya majis dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan oleh pengarah Festival Konvokesyen kali ke-47, saudara Miqdad diikuti dengan ucapan besemangat oleh ketua Kg Sepakat Jaya yang dikenali sebagai Abg Syed. Aktiviti diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah menganyam ketupat, musical chair, pasangan serasi, dam cina dan banyak lagi...! ^.< Semua aktiviti disediakan untuk pelbagai lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak dan orang dewasa. hadia-hadiah menarik kepada pemenang-pemenang disampaikan di penghujung majlis oleh ketua kampung.

ahli-ahli kembara konvo turut menyertai tarian poco-poco penduduk kampung


di meja pendaftaran :)


acara dewasa lelaki : musical chair

tidak ketinggalan, acara menganyam ketupat


penyampaian hadiah oleh ketua kampung, Abg Syed


penyampaian bantuan kepada penduduk kampung oleh pihak sekretariat Festival Konvo


Rakan-rakan sekretariat mula bergerak menaiki bas menuju ke Kg Melayu Batu 10 setelah selesai menjamu selera. Usai solat zuhur, permainan futsal dimulakan.sebanyak 6 kumpulan yang mendaftar yg terdiri daripada kanak-kanak dan golongan belia remaja Kg Melayu Batu 10, tidak dilupakan juga penyertaan daripada rakan-rakan seketeriat Festival Konvokesyen kali ke-47 ini :) majlis penyampaian hadiah disempurnakan selepas ucapan daripada saudara Miqdad serta YB ADUN Pasir Gudang.


acara futsal untuk kanak-kanak dan remaja

pemain-pemain futsal handalan :D


ahli-ahli kembara turut turun padang untuk memberi sokongan padu

gambar kenangan bersama YB ADUN Pasir Gudang

terima kasih atas sokongan padu semua rakan-rakan ^.^









Monday 19 September 2011

Posted by convocation utm 47 On 04:14 0 comments

DAY 2: Kembara UTM 47 bersama 30 Kereta Proton Exora dan 20 bikers

JOHOR BAHRU 18 Sept. - Seramai 200 belia termasuk 80 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjayakan program Kembara UTM sempena Festival Konvokesyen ke-47 yang singgah di enam lokasi sekitar ibu negeri ini hari ini...antaranya pusat beli-belah Skudai Parade, @Mart, Angsana,Kota Raya, Persada,, dan Taman Daya yang merupakan kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Johor Bahru ini...berita selanjutnya Utusan Malaysia Online Johor

Bersama Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal

 di sekitar Skudai Parade

 
 di sekitar McD Skudai

 di @Mart

 di Plaza Angsana

Barisan 30 buah Kereta Proton Exora

Bersama Krew Proton Exora
 Aktiviti bersama orang kampung di Kampung Daya.

Misi Kembara Exora!!

Tuesday 13 September 2011

Posted by convocation utm 47 On 06:17 0 comments

Konvo X-Plorace


Xplorace@UTM!!...
on 25 sept 2011(sunday) start 7am to 12 pm.
dont miss out...come and join us...only limited participant required....
RM40 fees only for participation!!..









Posted by convocation utm 47 On 06:13 0 comments

Technorace@ UTM

SPECIAL FOR PRIMARY SCHOOL!!!
on 26 sept 2011 at 9am till 2pm.
Open only for form 4 till form 5 primary school students!!! come and join us only RM30 per group(5 members+ teacher)...


Posted by convocation utm 47 On 06:11 2 comments

Sustech Competition@UTM

Just 3 people in a group!! RM15 per group only....prizes waiting for you...dont miss out!!!

Posted by convocation utm 47 On 06:06 0 comments

Remote Control Car@ UTM

Are you interesting with Remote control car?? lets go to tapak perlumbaan kereta kawalan jauh from 8am - 5pm @ 25 september 2011....