Thursday 22 September 2011

Posted by convocation utm 47 On 23:36 0 comments

Day 1: Kembara UTM 47

JOHOR BAHRU 17 Sept - Sekretariat Festival Konvokesyen UTM kali ke-47 telah memulakan hari pertama untuk program KEMBARA festival konvokesyen bersama-sama masyarakat sekitar Johor Bahru. Seawal 7.30 pagi, ahli-ahli sekretariat telah mula berkumpul untuk bergerak ke Kg Sepakat Jaya, menaiki bas UTM. Kedatang kami di sana disambut dengan meriah oleh semua warga Kg Sepakat Jaya. Tidak dilupakan juga,kaum wanita di situ sedang sibuk menari poco-poco yang merupakan rutin mingguan penduduk di situ.Seterusnya majis dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan oleh pengarah Festival Konvokesyen kali ke-47, saudara Miqdad diikuti dengan ucapan besemangat oleh ketua Kg Sepakat Jaya yang dikenali sebagai Abg Syed. Aktiviti diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah menganyam ketupat, musical chair, pasangan serasi, dam cina dan banyak lagi...! ^.< Semua aktiviti disediakan untuk pelbagai lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak dan orang dewasa. hadia-hadiah menarik kepada pemenang-pemenang disampaikan di penghujung majlis oleh ketua kampung.

ahli-ahli kembara konvo turut menyertai tarian poco-poco penduduk kampung


di meja pendaftaran :)


acara dewasa lelaki : musical chair

tidak ketinggalan, acara menganyam ketupat


penyampaian hadiah oleh ketua kampung, Abg Syed


penyampaian bantuan kepada penduduk kampung oleh pihak sekretariat Festival Konvo


Rakan-rakan sekretariat mula bergerak menaiki bas menuju ke Kg Melayu Batu 10 setelah selesai menjamu selera. Usai solat zuhur, permainan futsal dimulakan.sebanyak 6 kumpulan yang mendaftar yg terdiri daripada kanak-kanak dan golongan belia remaja Kg Melayu Batu 10, tidak dilupakan juga penyertaan daripada rakan-rakan seketeriat Festival Konvokesyen kali ke-47 ini :) majlis penyampaian hadiah disempurnakan selepas ucapan daripada saudara Miqdad serta YB ADUN Pasir Gudang.


acara futsal untuk kanak-kanak dan remaja

pemain-pemain futsal handalan :D


ahli-ahli kembara turut turun padang untuk memberi sokongan padu

gambar kenangan bersama YB ADUN Pasir Gudang

terima kasih atas sokongan padu semua rakan-rakan ^.^